Aktiviti Norse di British Isles

Edmund, Raja Anglia Timur, dibunuh oleh orang Dane

Aktiviti Norse di British Isles berlaku semasa Zaman Pertengahan Awal apabila orang Norsemen daripada Scandinavia menjelajah ke Great Britain dan Ireland untuk meneroka, berdagang atau merompak. Bagi mereka yang datang ke British Isles secara umumnya dipanggil sebagai Viking,[1][2] tetapi para sarjana berdebat sama ada istilah Viking mewakili semua para peneroka Norse atau kepada mereka yang datang untuk merompak.[3][memerlukan petikan untuk diperiksa]

Pada permulaan Zaman Pertengahan Awal, kerajaan-kerajaan beraja Norse di Scandinavia telah membangunkan jalur perdagangan sehingga sejauh selatan Eropah dan Mediterranean, meberikan mereka akses produk-produk import seperti perak, emas, gangsa dan rempah. Jalur-jalur perdagangan ini juga diluaskan ke arah barat sehingga Ireland dan Britain.[4][5]

Pada dekad terakhir kurun ke-8, para penceroboh Norse melakukan siri-siri rompakan ke atas biara Kristian yang kini terletak di United Kingdom, bermula pada tahun 793 dengan serbuan ke atas biara di tepi pantai di Lindisfarne, iaitu pantai utara-timur di England. Tahun berikutnya, mereka menjarah Monkwearmouth-Jarrow Abbey yang berdekatan, dan pada tahun 795 mereka menyerang sekali lagi, menyerbu Iona Abbey di pantai barat Scotland.[6]

  1. ^ Keynes 1999. p. 460.
  2. ^ Richards 1991. p. 9.
  3. ^ Graham-Campbell and Batey 1998. p. 3.
  4. ^ Blair 2003. pp. 56–57.
  5. ^ Blair, Peter Hunter (2003). An Introduction to Anglo-Saxon England. Anglo-Saxon studies (ed. revised). Cambridge University Press. m/s. 57. ISBN 9780521537773. Dicapai pada 30 Apr 2019. A variety of evidence, among which some of the objects from Sutton Hoo hold a prominent place, indicates that England lay well within the range of Scandinavia's foreign contacts before the Viking attacks began.
  6. ^ Blair 2003. p. 55.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search